Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 2.

Шрифт
Фон

Chad menutup suis mentalnya, menutup semua emosinya. Ianya kebolehan semulajadinya yang membuatnya selalu tenang dan tidak berperasaan... walaupun di tengah-tengah pertarungan tembak menembak. Dicapai sarung pistolnya, Chad mengeluarkan pistolnya dan menembak ke udara sekali untuk dapatkan perhatian mereka. Dia sedih bila mereka tidak terkejut dan dia ditumbuk di lengan kiri.

"Tolong beritahu seseorang bila kamu mahu menembak itu!" Envy menjerit sementara menutup telinga kanannya dengan tangan dan meneran kerana bunyi yang kuat.

Zachary keluar keretanya dengan kesal dan merenung pada dua budak-budak yang bergaduh. Sekali lagi, kepala yang tenang perlu meleraikannya. Dia tersengeh pada jenaka sendiri sebab tiada sesiapa yang akan mengatakannya seorang yang tenang. Dia mengangkat tangan-tangannya ke hadapan, dia tembak gelombang haba pada kedua-dua jelmaan tadi, membuatkan mereka terpelanting ke belakang bila satu jaluran api terpancar merentasi laman dan meleraikan mereka berdua.

"Jika kamu berdua tidak mahu bulu kamu terbakar, sila menjelma kembali ke manusia dan berlakonlah seakan kamu ada sedikit jatidiri", Zachary memberi amaran semasa tangannya mula menyala lagi. "Adakah kamu berdua akan berkelakuan seperti orang dewasa atau kanak-kanak, sebab ianya tidak bermakna apa-apa padaku?" dia senyum tenang sedangkan api menyala lebih tinggi dan bersedia untuk dipancarkan pada sasarannya.

Mengetahui bahawa Zachary akan lakukannya, Trevor berubah kembali dan merenung melintasi nyalaan api pada seterunya. Hanya melihat lelaki yang mencuri Envy daripadanya membuatkan darahnya mendidih dan perlu menumpukan mindanya untuk kekal dalam bentuk manusia.

Devon berubah juga tapi masih dalam posisi menyerang, tidak mempercayai Trevor jika dia berpeluang membantainya. Perhatiannya terganggu sementara bila terdengar laungan Chad "Ya Tuhan" dan cepat-cepat memandang ke arah adik beradik itu. Melihat Envy terperanjat melihat Trevor... yang sekarang bogel, Devon menyingai mahukan perhatian Envy yang sepatutnya... kepadanya.

Envy mengosok dahinya bila melihat kedua-dua lelaki itu bogel, bernasib baik cuma cedera ringan. Devon telah menunjukkan betapa cepat haiwan jadian boleh sembuh jadi dia tahu ianya tidak seteruk yang dilihatnya pada mereka. Perhatiannya tertumpu pada Trevor, masih terkejut yang dia pernah bercinta dengan seekor beruang begitu lama tanpa mengetahuinya.

Trevor tersengeh kerana tahu singaian Devon adalah bunyi cemburu yang membuak-buak... memang patut untuk harimau kumbang itu.

Chad berkelip memikirkan siapa yang memberinya kecelakaan ini. Selalunya yang tenang dalam situasi mencabar, dia menarik nafas panjang dan melangkah keluar pintu dan berdiri tegap. "Ini rumahku, jadi kita ikut peraturanku. Envy tinggal bersama saya, dan semua yang bukan manusia boleh pergi". Dia cuba menutup pintu tapi Envy menolaknya.

"Tidak tanpa pasanganku", Devon menyingai cuba meminggirkan efek bergema yang dirasainya. Celaka, siapa tahu Trevor sangat kuat? Pengetahuan itu tidak menyenangkannya.

"Pakai pakaian kamu", Envy berkerut kemudian berpaling melihat ke arah Zachary. Nampak dia dan Trevor seakan adik beradik, warna kedua-duanya sama. Yang bezanya cuma Zachary berambut pendek dan sedikit lebih tinggi. "Okay, saya tahu siapa mereka... tapi siapa kamu?".

Zachary membongkok keanggunan, "Kamu boleh panggilku penjaga", dia tersenyum sementara api mula padam. "Seorang penjaga untuk kedua-dua manusia dan makhluk paranormal", dia perbetulkan diri dan menjeling ke arah Trevor. "Kamu tidak beritahunya apa-apa?".

"Tidak, dia tidak", Envy menjeling kotor pada Trevor seperti sepatutnya kemudian berpaling balik ke Zachary. "Penjaga? Apa maksudmu? Dan adakah kamu dan Trevor adik beradik?". Dia tidak boleh tahan dari bertanya.

"Ia bermaksud kami melindungi kedua-dua belah antara satu dengan yang lain", Trevor menjawab dan menambah, "Dan tidak. Jika keluarga yang dimaksudkan, saya tiada itu".

Oh, sekarang kamu ada banyak infomasi", bebel Envy.

"Saya cuba beritahumu", Trevor mengingatkannya sambil memakai seluar ganti yang dibaling Zachary padanya. "Bukan salahku jika kamu tidak mendengar".

Bibir Envy mengorak untuk marah tapi terkedu... dengan rasa bersalah mengingati malam terakhir dia melihat Trevor. Dia beritahunya dia berurusan dengan C.I.A. tapi Envy tidak percayanya. Envy memarahinya kerana ingat dia bodoh untuk percaya pembohongan yang dibuat-buat. Bagaimanapun, macam mana dia boleh percayakannya bila dia berjoget dengan berahi bersama wanita lain?.

Disebalik itu... dia beritahunya ianya samaran kerjanya. Envy mengerut bila sakit kepalanya bermula dan berpendapat Trevor adalah bajingan yang lebih teruk dari yang disangkanya kerana membuatnya berfikir begini.

Chad melihat pada harimau kumbang sebelum masuk ke dalam. Dia keluar beberapa saat kemudian dengan seluar jeans dan melemparnya pada Devon.

"Kami tidak perlu bantuanmu", Devon menyatakan sambil menzip jeans kemudian berjalan ke arah Envy dan memeluk pinggangnya.

"Oh, ya? Saya selamatkan adik kamu semasa kamu sibuk mencuri kawan perempuanku", Trevor bertindakbalas sebelum merenung kepanasan pada Envy.

Ваша оценка очень важна

0
Шрифт
Фон

Помогите Вашим друзьям узнать о библиотеке

Популярные книги автора