Скачать книгу
Если нет возможности читать онлайн, скачайте книгу Raksasa Malas файлом для электронной книжки и читайте офлайн.
Maria Grazia Gullo - Massimo Longo
Raksasa Malas
Diterjemahkan oleh Amirah Izzati binti Ruslan
Hak Cipta © 2019 M.G.Gullo - M.Longo
Gambar muka depan dan grafik dibuat dan diedit oleh Massimo Longo
Hak cipta terpelihara.
Raksasa Malas
Anda harus tahu bahawa tidak ada sesiapa yang pernah melihatnya, mendengarnya, tetapi ia tetap wujud.
Dia adalah orang jahat pada zaman kita.
Sejujurnya, dia sentiasa wujud. Bertahun-tahun yang
lalu, dia masih kecil, sangat kecil sehinggakan jika kanak-kanak berlari dengannya, dia akan terbang seperti daun kering.
Tidak ada yang akan mengganggu mereka apalagi makhluk ganas itu: bagaimanapun, mereka memetik buah-buahan atau sibuk dikejar oleh singa . Masa berlalu, dan satu-satunya kebaikan yang dapat diketahui adalah kesabarannya.
Dia tahu bagaimana untuk menunggu, dan dia melakukannya,
pada waktu malam dan siang, musim panas dan musim sejuk. Dia sangat bergelut pada musim panas, kerana semua orang begitu sibuk.
Pada suatu musim panas, dia hampir hilang ketika dia berusaha keras untuk menangkap seseorang.
Pada waktu yang lain, ketika musim panas sangat terik, dia berjaya mendapatkan beberapa orang yang sangat pemalas. Tetapi ia tidak dapat
bertahan lama: tidak ada yang dapat bermalas-malasan selamanya. Mereka harus bekerja dan bekerja dan bekerja agar tidak berakhir seperti belalang ketika musim sejuk.
Sebaliknya, musim sejuk adalah musim kegemarannya: semua orang lebih tenang. Tidak ramai orang yang sibuk, membaca atau menyelesaikan fantasi mereka. Matahari akan terbenam lebih awal, lilin dan minyak untuk menyalakan lampu tidak dikenakan harga yang murah.
Oleh itu, rakan karibnya, Encik Cuacaburuk, dan dia berpeluang menyerang seseorang.
Secara ringkasnya, musim sejuk benar-benar membolehkan mereka menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.
Seseorang, pastikan anda faham dengan betul, saya berkata seseorang: itu bermaksud bahawa saya tidak hanya bercakap tentang kanak-kanak. Raksasa malas tidak cerewet apabila melibatkan makanan, dan dia makan apa sahaja yang dia temui.
Malah, dia tidak berfikir dua kali sebelum menangkap orang dewasa, walaupun dia tidak akan mendapat kepuasan sepenuhnya.
Kemudian, zaman moden muncul, dan lelaki mula membina mesin untuk memudahkan kerja mereka, mesin untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka, dan bukan hanya itu. Kemudian mesin yang dapat melakukan apa sahaja sehingga tidak ada banyak ruang yang
tinggal untuk berfikir.
Jalan-jalan yang kosong, tidak ada lagi tawa kanak-kanak di jalanan
Mereka telah mencipta dunia impian raksasa malas.
Begitulah cara dia mula membesar. Hari demi hari, dia menangkap semakin ramai kanak-kanak dan orang dewasa, sehingga dia layak mendapat gelaran raksasa itu.
Anda pasti tertanya-tanya: bagaimana seseorang tahu siapa yang ditangkap?
Itu adalah soalan yang baik.
Ianya dengan mengetahui di mana dia menyembunyikan dirinya.
Pada orang dewasa, dia lebih suka